AMELIA rasa cukup bertuah apabila suami tidak melarang teruskan karier seni.
AMELIA rasa cukup bertuah apabila suami tidak melarang teruskan karier seni.
Najiy Jefri


Pertemuan bersama Che Puan Amelia Thripura Henderson, baru-baru ini membuka ruang kepada pelakon dan model kelahiran Klang, Selangor itu bercerita mengenai bingkisan kisah kerjaya dan kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga dengan Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar yang juga kerabat diraja Kedah.

Siapa sangka, perkenalan yang tidak disengajakan ketika menjadi pengacara bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa suaminya iaitu bekas Tunku Bendahara Kedah, Allahyarham Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna dua tahun lalu akhirnya membawa ke jenjang pelamin pada 14 Ogos tahun lalu.

Menurut wanita kacukan India dan Scotland yang baru menjengah usia 21 tahun itu, dia menterjemahkan kehidupannya kini sebagai cukup bahagia dan sempurna selepas nekad menamatkan zaman bujang pada usia muda.

“Sebelum mengambil keputusan berkahwin, ramai kawan mengatakan kehidupan sebagai isteri sangat sukar kerana ba­nyak dugaan yang perlu ditempuh.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sepanjang bergelar isteri, saya tidak pernah mengalami pengalaman itu. Kami bahagia bersama dan memahami antara satu sama lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 6:13 AM