VARDY (kiri) jaring gol kemenangan England.
VARDY (kiri) jaring gol kemenangan England.
AFP

Manchester: Jamie Vardy menebus kesilapan Harry Kane dengan jaringan kemenangan apabila England berjaya mengatasi Turki 2-1 pada perlawanan pemanas badan Euro 2016 pertama di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

Kane membuka jaringan pada minit ketiga namun kemudian sepakan penaltinya pada minit ke-72 yang dimenangi Vardy terkena palang, selepas jaringan penyamaan oleh Hakan Calhanoglu memberikan Turki gol pertama ke atas England pada pertemuan ke-11 kedua-dua pasukan.

Vardy kemudiannya menyelamatkan keadaan pada minit ke-83 apabila penyerang Leicester City itu menjaringkan gol ketiganya buat England dalam tiga perlawanan, sekali gus mengakhiri rekod tanpa kalah 13 perlawanan buat Turki dan mencerahkan peluangnya berada dalam kesebelasan utama Roy Hodgson di Perancis.

“Kemenangan memang menggembirakan dan memberi aspek positif,” kata Hodgson yang akan mengemudi skuadnya menentang Russia, Slovakia dan pasukan jiran Wales pada peringkat kumpulan Euro.

“Kami bermain dengan baik hampir sepanjang perlawanan tapi ada sesuatu yang positif kerana kami belum cukup sempurna dan masih banyak perlu dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 5:45 AM