Afiq Hanif

Terdapat beberapa model fon yang hebat untuk dibawa beraya dan harganya pun murah. Jom kita lihat cadangan IT@Metro untuk fon raya bawah RM1,000.

Honor 9 Lite

Honor 9 lite berharga RM749 dengan empat kamera iaitu dwikamera di belakang dan dua lagi di depan beresolusi 13 megapiksel serta dua megapiksel.

Ia membolehkan anda memperoleh paparan HD penuh LCD bersaiz 5.65 inci. Selain itu, ia dikuasakan cip pemprosesan yang sama digunakan pada Huawei Nova 2i dan Honor 7X iaitu Kirin 659 bersama RAM 3GB dan storan 32GB.

HONOR 9 Lite.
HONOR 9 Lite.

ASUS Zenfone Max Plus

ASUS ZenFone Max Plus (M1) yang berharga hanya RM649 kini cukup untuk dijadikan fon raya mempunyai panel IPS pada sehingga 5.7 inci dengan konfigurasi nisbah aspek 18:9 meskipun badannya 5.2 inci dan berat 160g.

Kuasa pemprosesan datang daripada pemprosesan octa core 1.5GHz MediaTek, RAM 4GB dan storan 32GB.

ASUS Zenfone Max Plus
ASUS Zenfone Max Plus

Xiaomi Redmi 5

Sesuai bagi mereka yang ‘bajet tak keras’, Xiaomi memperkenalkan model telefon Redmi 5, datang dengan skrin jenis FullView 18:9 serta pemprosesan Qualcomm jenis 14nm.

Redmi 5 beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 450 dengan kamera swafoto 5 megapiksel yang lebih baik berbanding model murah Xiaomi sebelum ini.

 XIAOMI Redmi 5
XIAOMI Redmi 5

Huawei Nova 2i

Datang dengan tiga warna iaitu hitam, emas dan biru, Nova 2i kini dijual di pusat jualan Huawei seluruh negara pada harga RM942 saja dengan kemudahan saiz skrin 5.93 inci jenis IPS HD penuh (resolusi 1080 x 2160) bersama pemprosesan Huawei Kirin yang menggabungkan 2.36GHz 4 teras dan 1.7GHz 4 teras.

Paling menarik, dwikamera di depan dilengkapi flash mampu memberikan kesan bokeh yang sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa.

HUAWEI Nova 2i
HUAWEI Nova 2i

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Jun 2018 @ 7:10 AM