FOTO  Mohamed Sahidi Yusof dan pembaca
FOTO Mohamed Sahidi Yusof dan pembaca
Mohamed Sahidi Yusof

Tanah: Jasad bayi perempuan ditemui di dalam gerai menjual pisang goreng di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, hari ini.

Jasad itu masih bertali pusat dan dipenuhi semut ketika ditemui pemilik gerai itu pada kira-kira 10 pagi.

Anisah Awang Senik, 46, berkata jasad bayi itu ditemui dibalut dengan tuala mandi.

Katanya, jasad bayi berkenaan kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Anisah ketika ditemui sebelum kejadian dia sedang mengemas gerainya sebelum menemui bungkusan itu di atas meja makan.

"Apabila dihampiri, saya terkejut melihat muka bayi yang sudah tidak bernyawa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 4:41 PM