KAMAR (kiri) bersama pegawainya menunjukkan minuman tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan yang dirampas. FOTO Amran Hamid
KAMAR (kiri) bersama pegawainya menunjukkan minuman tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan yang dirampas. FOTO Amran Hamid
Zuliaty Zulkiffli


Bukit Kayu Hitam: Pemandu lori sayur ditahan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) kerana cuba menyeludup pelbagai jenis minuman tanpa kelulusan pihak berkuasa bernilai RM8,000, semalam.

Timbalan Komander AKSEM Kawasan Bukit Kayu Hitam, Inspektor Kamar Barin berkata, kesemua 155 kotak minuman itu disorok di bawah timbunan sayur dalam lori berkenaan.

Katanya, anggotanya menahan lori itu di sekatan jalan AKSEM di Kilometer 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pada 10 malam.

"Anggota kami membuat pemeriksaan lanjut dalam lori itu menemui timbunan sayur yang dibawa dari Thailand dan di bawahnya terdapat pelbagai kotak minuman tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan.

"Kesemua minuman itu dirampas, namun lelaki berusia 36 tahun terbabit dibebaskan selepas diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Akta Makanan 1983," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 4:17 PM