KERJA pemasangan skrin besar di Dataran Bandaraya sedang giat dilakukan. FOTO Muhammad Apendy Issahak
KERJA pemasangan skrin besar di Dataran Bandaraya sedang giat dilakukan. FOTO Muhammad Apendy Issahak
PENYOKONG bala sepak yang ingin mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Perak menentang PKNS kecewa kerana tiket sudah habis dijual. FOTO L Manimaran
PENYOKONG bala sepak yang ingin mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Perak menentang PKNS kecewa kerana tiket sudah habis dijual. FOTO L Manimaran
Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2016 antara Perak menentang PKNS di Stadium Perak, di sini malam ini yang mula dijual sejak Khamis lalu, sudah habis dijual.

Orang ramai yang gagal mendapatkan tiket bagaimanapun berpeluang menyaksikan perlawanan terbabit beramai-ramai secara langsung di Dataran Bandaraya melalui skrin besar.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memaklumkan akan memasang skrin berkenaan bagi kemudahan peminat bola sepak terutama penyokong pasukan The Bos Gaurus yang gagal membeli tiket.

"Dimaklumkan bahawa MBI akan memasang skrin di Dataran Bandaraya (dihadapan bangunan MBI) sempena Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2016 antara Perak dan PKNS.

"Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-puan yang tidak dapat membeli tiket agar dapat memenuhi dataran bagi menyaksikan perlawanan hebat pada malam ini.

"Tiada bayaran dikenakan datanglah beramai-ramai," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, tinjauan di Stadium Perak mendapati notis mengenai kehabisan tiket turut ditampal di kaunter jualan tiket.

Difahamkan semua tiket perlawanan sudah habis dijual semalam sejak ia mula dijual jam 8 pagi Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 3:16 PM