MBI akan memasang skrin gergasi LED di Dataran Stesen Keretapi mulai jam 8 malam esok. FOTO/ABDULLAH YUSOF
MBI akan memasang skrin gergasi LED di Dataran Stesen Keretapi mulai jam 8 malam esok. FOTO/ABDULLAH YUSOF
Azizan Hashim


PEMINAT The Bos Gaurus yang gagal mendapatkan tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dengan Johor Darul Ta’zim boleh memberi sokongan kepada padukan tuan rumah dengan menonton beramai-ramai di skrin gergasi LED di Dataran Stesen Keretapi mulai jam 8 malam esok.

Berikutan semua 28,000 tiket habis dijual hari ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif menayangkan perlawanan itu di layar gergasi bertujuan menghimpun warga kota Ipoh dan peminat Perak untuk menyokong pasukan itu.

Jurucakap MBI berharap orang ramai mengambil peluang hadir untuk menyaksikan perlawanan itu.

Ia secara tidak langsung akan memeriahkan lagi Piala Malaysia 2017 serta menyemai semangat cintakan negeri Perak.

“Mereka yang tidak dapat tiket jangan kecewa kerana masih boleh menyokong pasukan Perak di Dataran Stesen Keretapi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 6:34 PM