PEMAIN SMK Tunku Putra gembira selepas muncul juara bola sepak B-18 MSSD Langkawi.
PEMAIN SMK Tunku Putra gembira selepas muncul juara bola sepak B-18 MSSD Langkawi.

Langkawi: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra muncul juara selepas menewaskan SMK Kedawang 1-0 pada pada final Kejohanan Bola Sepak B-18 Tahun (B-18) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi di Kolej Vokasional Langkawi, kelmarin.

Pemain tengah Mohd Syafik Azidi beraksi cemerlang sekali gus muncul wira apabila menjaring gol tunggal perlawanan bagi memastikan kemenangan pasukan yang dibimbing Mohamad Adam itu.

Kejohanan dianjurkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi bagi mencungkil bakat baharu di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Kemenangan itu juga memastikan pasukan itu mewakili Langkawi ke pertandingan peringkat negeri bulan depan.

Pasukan itu mara ke final selepas mengalahkan pencabarnya Kolej Vokasional Langkawi 3-0, manakala SMK Kedawang mengatasi SMK Ayer Hangat 4-3 menerusi sepakan penalti pada separuh akhir.

Sementara itu, bagi kategori B-12, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Teriang muncul juara selepas menewaskan SK Temonyong 2-0.

Dua gol SK Kuala Teriang disumbang oleh Ahmad Zikri Zuki dan Muhammad Fakrul Zikri Zamberi.

Pada separuh akhir, mereka menewaskan SK Penghulu Ahmad 2-0 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 pada masa penuh perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 10:34 AM