PASUKAN SK Temonyong muncul juara bola sepak 9 sebelah MSSD Langkawi.
PASUKAN SK Temonyong muncul juara bola sepak 9 sebelah MSSD Langkawi.

Langkawi: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Temonyong terpaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas SK Seri Negeri pada final Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang, baru-baru ini.

Dua gol pasukan itu dijaringkan Mohd Aidid Ahmad Zaidi manakala gol tunggal SK Seri Negeri dihasilkan Mohd Adam Haikal Hasan.

Kemenangan itu membolehkan SK Temonyong membawa pulang piala pusingan dan sijil penyertaan.

Pada peringkat separuh akhir, SK Temonyong menewaskan SK Kedawang 2-1.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian pada pertandingan yang berlangsung selama dua hari anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSD) daerah Langkawi itu.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi Shukeri Rokhani.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 4:50 AM