ANGELA (tiga dari kiri) melawat kanak-kanak di tadika di Kem Nizip 2.
ANGELA (tiga dari kiri) melawat kanak-kanak di tadika di Kem Nizip 2.

Ankara: Ribuan pelarian Syria keluar menyambut kedatangan Canselor Jerman, Angela Merkel ketika lawatannya ke sebuah kem pendatang di sempadan Turki.

‘Selamat datang ke Turki, negara paling banyak menerima pelarian,’ kata satu kain rentang bersaiz gergasi yang digantung di pintu masuk ke Kem Nizip 2 yang mempunyai 5,000 penduduk, dengan hampir 2,000 daripadanya kanak-kanak.

Angela juga sempat mengambil gambar bersama kanak-kanak di kem itu selain menemui ketua penduduk dan melihat kediaman pelarian.

Lawatan itu serentak dengan usahanya mempromosikan perjanjian bernilai £4.65 bilion (RM26 bilion) untuk menghantar pulang pendatang di Greece ke Turki.

Perjanjian itu bagaimanapun diselar kumpulan hak asasi manusia, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan segelintir ketua Eropah.

Dalam pada krisis migrasi Eropah tahun lalu, Angela membuka pintu kepada lebih sejuta pelarian dan pencari suaka ke negaranya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 10:33 AM