GOL kedua City jaringan Aguero.
GOL kedua City jaringan Aguero.
AFP

Manchester: Manchester City menikmati persediaan sempurna menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dengan membelasah Stoke City 4-0 di Eastlands malam tadi.

Jaringan Fernando, Sergio Aguero dan dua jaringan Kelechi Iheanacho pada separuh masa kedua membuatkan City lebih bersemangat menjelang kehadiran Cristiano Ronaldo dan rakannya ke Manchester.

Menjelang ketibaan Real untuk satu daripada perlawanan terpenting dalam sejarah City, empat hari selepas ini, pengurus Manuel Pellegrini meletakkan Kevin De Bruyne di bangku simpanan, merehatkan Fernandinho dan enggan mengambil risiko menurunkan kapten Vincent Kompany buat kali kedua dalam seminggu.

Raheem Sterling juga tidak diturunkan tetapi pemilihan itu tidak langsung membawa padah apabila City kembali ke tangga ketiga selepas meraih tiga mata yang diperlukan untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam empat tangga teratas dan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Memandangkan De Bruyne adalah antara pemain yang disimpan untuk aksi Eropah, penyerang remaja Iheanacho diturunkan sebagai kesebelasan utama buat kali keempat musim ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 6:17 AM