DUNGUN 23 APRIL 2016. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berucap di Majlis Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar Terengganu(RTC) di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Dungun. NSTP/ASWADI ALIAS

Isma Ismail

Dungun: Penduduk luar bandar tidak akan dipinggirkan kerana mereka adalah pendokong kepada kerajaan dan dilakukan perseimbangan dengan orang di bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerana itu kerajaan beri keprihatinan yang pelbagai.

Menurutnya, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadi usaha kerajaan untuk memajukan luar bandar.

"Dalam usaha itu juga, transformasi yang dilakukan untuk penduduk luar bandar perlu disahut mereka sendiri.

"Penduduk luar bandar perlu ada tiga elemen transformasi iaitu pemikiran, perasaan dan tindakan dengan setiap bantuan serta sumbangan diberikan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian RTC Terengganu di BandarvAl-Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 5:22 PM