Ahmad Saufi Mansor

Alor Setar: Teka-teki berhubung penajaan RM30 juta untuk tiga tahun buat skuad Helang Merah bakal terjawab, malam ini.

Pengarah Urusan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dijangka membuat pengumuman penting.

Dalam mesej menerusi aplikasi Whatsapp, jutawan kosmetik iyu memaklumkan akan membuat sidang media sebelum perlawanan Liga Super antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (DT), di Stadium Darul Aman.

Bagaimanapun, Aliff Syukri enggan menjelaskan butiran lanjut, sebaliknya meminta media menghadiri sidang media berkenaan.

"Nak tahu mai la (sidang media malam ini)," katanya menerusi aplikasi Whatsapp, di sini.

Sebelum ini, Aliff Syukri mengesahkan D'Herbs bersetuju dengan nilai tajaan RM30 juta untuk tempoh tiga tahun kepada skuad Kedah.

Bagaimanapun, kontrak masih belum ditandatangani kerana perlu mendapat persetujuan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 4:06 PM