SETIAP jubin direka bentuk dengan corak dan warna yang unik.
SETIAP jubin direka bentuk dengan corak dan warna yang unik.

Salam deko. Hari ini pemilihan lantai jubin bukan lagi menjadi pillihan utama. Namun, keunikannya tetap menarik perhatian kerana kemasan jubin ada yang menyamai karakter atau elemen tertentu termasuk batu-batuan semula jadi. Setiap jubin direka bentuk dengan corak dan warna yang unik.

Untuk melihat atau menilai warna dan corak jubin sebelum membelinya, berdirilah sekurang-kurangnya satu meter dari jaraknya untuk mendapatkan gambaran atau pandangan lebih realistik.

Pada bahagian luar atau kawasan mudah terdedah kepada kelembapan, anda boleh menggunakan jubin dengan permukaan bertekstur lebih kasar.

Permukaan jubin yang terdedah kepada air akan licin dan mudah mengundang kemalangan tidak diduga.

Berbanding untuk kegunaan dalaman rumah, selalunya jubin daripada jenis permukaan licin dan berkilat sering menjadi pilihan. Bagi kediaman yang lebih kecil, pilihan jubin sederhana lebih baik berbanding bersaiz kecil atau besar.

Seterusnya jubin daripada jenis yang kasar selalunya mudah memerangkap kotoran dan berdaki. Justeru, menggosok dan pembersihan secara intensif dengan teknik betul diperlukan untuk mengekalkan keaslian permukaan.

Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya.

Teknik pemasangan jubin juga perlu diberi perhatian supaya tetap utuh dan tidak menggelembung. Jika jubin lantai sudah menggelembung, lama kelamaan ia pasti pecah dan berserpih. Jubin yang bersepah mempunyai bucu tajam dan boleh mencederakan kaki jika terpijak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 5:01 AM