Keadaan berjerebu yang dirakam di sekitar Shah Alam, 2 petang tadi. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Keadaan berjerebu yang dirakam di sekitar Shah Alam, 2 petang tadi. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Fazurawati Che Lah

Kuala Lumpur: Enam kawasan di Lembah Klang mencatat kualiti udara tidak sihat melebihi 100 sehingga 3 petang tadi.

Berdasarkan rekod laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit ialah Cheras, Shah Alam, Banting, Petaling Jaya, Batu Muda dan Putrajaya.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Cheras meningkat kepada 131 berbanding 121 pada 2 petang..

Di Shah Alam, IPU dicatatkan tidak sihat bermula pada 2 petang dan terus meningkat kepada 122 berbanding 105.

Bagi kawasan Petaling Jaya IPU dicatatkan adalah 103, Banting 105, Batu Muda 106 dan Putrajaya 102.

Sebanyak 23 kawasan pula mencatat IPU sederhana serta 21 lagi mencatatkan IPU baik.

Bacaan IPU yang baik adalah antara 0-50, sederhana pada 51-100,tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:13 PM