Oleh Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Kawasan Nilai, Negeri Sembilan turut mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu, pagi ini.

Setakat jam 11 pagi tadi dengan Nilai mencatat bacaan 103, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

Ia menjadikan keseluruhan enam kawasan IPU tidak sihat di tiga negeri termasuk Johor di Larkin Lama (111) dan Pasir Gudang (124) manakala di Sarawak, Samarahan (177) Sri Aman (167) dan Kuching (169) merekodkan IPU tidak sihat pada jam 10 pagi tadi.

Mengikut petunjuk, bacaan IPU tidak sihat adalah antara 100-200, sangat tidak sihat (200-300), berbahaya (melebihi 300) manakala 51-100 kategori sederhana dan 0-50 adalah baik.

Bacaan IPU semasa boleh didapati di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 12:37 PM