Najib menyaksikan Azman (kanan) menerima sijil saham daripada Ozozan sambil disaksikan Leo Moggie.
Najib menyaksikan Azman (kanan) menerima sijil saham daripada Ozozan sambil disaksikan Leo Moggie.
myMetro

Istanbul: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengukuhkan hubungan dagang di antara Malaysia dan Turki apabila menembusi pasaran sektor tenaga menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan di sini, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir menyaksikan penyempurnaan kerjasama itu membabitkan pengambilalihan 30 peratus saham syarikat Turki, Gama Enerji AS kepada anak syarikat TNB, Global Power Enerji AS.

Najib menyaksikan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd bertukar sijil pemilikan saham dengan Naib Presiden Eksekutif Gama Holding, M Arif Ozozan.

Kerjasama membabitkan urus niaga bernilai RM1 bilion itu memberi signifikan besar kerana ia membuka ruang operasi dan menjana pulangan jangka panjang kepada TNB.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata, Turki menawarkan pasaran tenaga paling besar di Eropah dengan purata penggunaan tenaga berkembang enam peratus setahun dalam tempoh sedekad lalu.

Menurutnya, penggunaan tenaga elektrik di Turki pada 2012 ialah 242 kilowatt (kW) sejam dan meningkat sebanyak 1.3 peratus pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 7:15 AM