MUHAMMAD Razie (kanan) menjaringkan gol dalam pertemuan Malaysia dengan Pakistan. FOTO Bernama
MUHAMMAD Razie (kanan) menjaringkan gol dalam pertemuan Malaysia dengan Pakistan. FOTO Bernama
Saiful Affendy Sapran


Ipoh: Skuad negara mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas gergasi Asia, Pakistan pada perlawanan kelima kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Stephen Van Huizen mencerahkan peluang untuk beraksi pada penentuan tempat ke 3/4, Sabtu ini.

Gol tunggal Malaysia disumbangkan oleh kapten pasukan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-4 menerusi pukulan sudut penalti.

Pakistan berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas Ajaz Ahmad berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol negara Hairi Abdul Rahman, tetapi cubaannya berjaya dinafikan Hairi pada minit ke-33.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 11:17 PM