PENGARANG Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar (kiri) bersama Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof (dua kanan), Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail (kiri) dan Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff (dua kiri) bergambar bersama pemenang kategori Jamboree.

Yusmawati Mhd Yusof dan Norfaisal Jahuri

Jasin: Pelumba negara Mohamad Fauzan Ahmad Lutfi puas dapat membalas dendam kekalahnnya ke atas pelumba Thailand Surachet Singjui apabila menjuarai kategori Lelaki Elit XC-Metro, Sirkit keempat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014, di Asahan, semalam.

Katanya, kemenangan ke atas pelumba dari pasukan Chiru Endurace Thailand dengan jurang masa lebih seminit itu cukup melegakannya yang tidak beraksi pada dua aksi di Temerloh, Pahang dan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

"Saya memang sasarkan untuk memenangi perlumbaan ini sekali gus menebus kehampaan selepas menduduki tempat kedua pada sirkit pertama di Kuala Kangsar, Perak," katanya.

Fauzan yang mewakili pasukan SBS Giant Racing Team berkata, selepas tidak beraksi di dua sirkit lalu, dia tidak dapat mengagak prestasi jaguh negara jiran itu.

"Pada perlumbaan kali ini, sememangnya saya menggunakan kekuatan dan kelebihan mendaki yang menjadi senjata utama.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:03 AM