VARDY (tengah) menyumbat gol pertama melalui serangan pantas.
VARDY (tengah) menyumbat gol pertama melalui serangan pantas.
AP

Sunderland, England: Dua jaringan Jamie Vardy membawa Leicester semakin hampir dengan impian menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama apabila menewaskan Sunderland 2-0 malam tadi.

Gol Vardy itu yang mengakhiri kemarau dalam lima perlawanan, membolehkannya mengumpul 21 jaringan peribadi, untuk terus bersaing sebagai penjaring terbanyak musim ini yang ketika ini diterajui bintang Tottenham, Harry Kane dengan 22 gol.

Sumbangan gol Vardy itu turut membolehkan Leicester terus kukuh di puncak liga dengan 72 mata, 10 mata mengatasi pencabar terdekat Tottenham yang menduduki tangga kedua dengan 62 mata.

Tottenham turut bercita-cita merapatkan jurang mata dalam satu lagi perlawanan menentang Manchester United, lewat malam tadi.

Arsenal pula menduduki tangga ketiga dengan 59 mata selepas sekadar seri 3-3 dengan West Ham kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 7:56 AM