MKHITARYAN meraikan gol kedua bersama rakan.
MKHITARYAN meraikan gol kedua bersama rakan.

Sunderland, England: Manchester United melonjak satu anak tangga ke tangga kelima Liga Perdana selepas menundukkan pasukan tercorot Sunderland 3-0 di laman lawan, malam tadi.

Penyerang dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic membuka tirai jaringan pada minit ke-30 sebelum Henrikh Mkhitaryan menambah gol kedua seminit selepas rehat. Pemain gantian Marcus Rashford meledak gol ketiga seminit sebelum tamat.

Kejayaan itu membolehkan Red Devils mengatasi Arsenal di tangga kelima dengan perbezaan tiga mata hasil 15 kemenangan daripada 30 perlawanan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 7:13 AM