MARTIAL (dua kanan) semakin temui sentuhan pemusnah.
MARTIAL (dua kanan) semakin temui sentuhan pemusnah.
AFP

Sunderland, England: Manchester United akan berdepan pasukan yang mempunyai benteng pertahanan paling buruk malam ini dan gandingan penyerang mereka, Wayne Rooney serta Anthony Martial pasti tidak berdepan masalah untuk meledak jaringan.

Sunderland melepaskan 49 gol setakat ini, sebab utama yang menyaksikan mengapa skuad kendalian Sam Allardyce itu terperosok di kelompok terbawah liga.

Bagaimanapun, rekod mereka di Stadium of Light tidak begitu menggusarkan apabila hanya melepaskan 13 gol setakat ini.

Namun skuad bergelar Black Cats itu berada dalam keadaan kelam-kabut dan Rooney serta Martial pasti mengidam untuk menambah koleksi jaringan mereka ketika United mahu mengekalkan peluang memburu tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka melangkah ke perlawanan malam ini dengan ketinggalan enam mata di belakang kelompok empat teratas Liga Perdana sekali gus membuatkan kedudukan Louis van Gaal masih lagi tertekan sambil khabar angin mengenai Jose Mourinho yang disebut-sebut akan menggantikannya di Old Trafford terus diperkatakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 5:39 AM