AFP

Sunderland, England: Pengurus England Roy Hodgson mencabar Marcus Rashford (gambar) supaya menyukarkan pilihannya ketika bintang sensasi Manchester United itu diuji bakat bagi merebut tempat ke Euro 2016 pada aksi persahabatan menentang Australia, awal pagi esok.

Rashford muncul antara calon terakhir menempah tempat dalam penerbangan ke Perancis selepas musim sulungnya bersama United, namun pemain berusia 18 tahun itu hanya mempunyai satu peluang untuk meyakinkan Hodgson kehebatannya bagi disenaraikan dalam skuad 23 pemain.

Ketika penyerang Leicester Jamie Vardy terlepas pertemuan dengan Australia kerana majlis perkahwinannya kelmarin, Hodgson memutuskan untuk memberi peluang penampilan sulung Rashford bersama England di Stadium of Light, Sunderland.

Namun Hodgson akan mengumumkan tiga pemain yang tidak tersenarai ke kejohanan itu selepas perlawanan pemanas badan kedua England itu dan beliau berharap Rashford, yang pulih daripada kecederaan lutut dialami ketika kemenangan final Piala FA United ke atas Crystal Palace, mampu bertindak cemerlang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 8:00 AM