MOHD Asri (kiri) bersama Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Samsudin Noor memeriksa tembakau yang dirampas. FOTO Syamsi Suhaimi
MOHD Asri (kiri) bersama Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Samsudin Noor memeriksa tembakau yang dirampas. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) merampas 3,200 kilogram tembakau bernilai RM226,000 dalam serbuan di banglo di Kampung Tong, Pasir Mas, 1.30 pagi, hari ini.

Komander Aksem Negeri, Mohd Asri Yahya berkata, tembakau berkenaan disorok di dapur banglo kosong itu.

Katanya, ia diseludup dari negara jiran (Thailand) dan dihantar ke kilang di utara tanah air untuk diproses membuat rokok.

"Serbuan dibuat hasil intipan selama dua minggu dan mendapati banglo berkenaan dijadikan sebagai stor simpanan tembakau.

"Tembakau berkenaan dibawa masuk melalui pangkalan haram di sekitar Sungai Golok," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Aksem Negeri, di sini, hari ini.

tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 4:25 PM