Kuala Lumpur: JT International Bhd (JTI) mempersoalkan tindakan kerajaan Australia yang belum menyiarkan Kajian Pasca Pelaksanaan (PIR) bagi produk tembakau biarpun tempoh rundingan selama enam bulan sudah tamat.

Penyiaran PIR itu seharusnya dibuat dalam tempoh tiga hingga enam bulan yang mengandungi polisi pembungkusan produk tembakau.

Tempoh rundingan selama enam bulan itu yang tamat pada Mac lalu sepatutnya menggariskan polisi terbaru pembungkusan produk tembakau.

Pembungkusan biasa diperkenalkan sejak 2012 bertujuan mengurangkan tahap merokok dalam kalangan perokok tegar.

Naib Presiden Peraturan Strategi Michiel Reerink berkata, Jabatan Kesihatan (DOH) mengetahui bahawa polisi ini sebenarnya gagal.

“Kajian PIR itu seharusnya bergantung kepada bukti nyata dan sejajar dengan keperluan Bahagian Peraturan Amalan Terbaik Kerajaan Australia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 5:51 AM