NOOR Ain galas tugas pandu bas henti-henti dua tingkat di tengah kepadatan lalu lintas di ibu kota.
NOOR Ain galas tugas pandu bas henti-henti dua tingkat di tengah kepadatan lalu lintas di ibu kota.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Melihat wanita memilih kerjaya sebagai pemandu bas bukan perkara asing di negara ini, malah syarikat bas juga tidak lagi meletakkan jurang jantina sebagai syarat untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Kini, wanita bukan saja sebagai pemandu bas setingkat, malah mereka turut diberi kepercayaan untuk mengemudi bas henti-henti dua tingkat.

Ini sekali gus membuktikan wanita juga mampu menggalas tugas dan cabaran dalam kerjaya yang biasanya didominasi kaum Adam. Tiada lagi diskriminasi membabitkan kerjaya bahkan ada wanita mampu menandingi lelaki dari segi kecekapan dalam kerjaya yang dipelopori lelaki.

Melihat wanita memilih kerjaya sebagai pemandu bas bukan perkara asing di negara ini, malah syarikat bas juga tidak lagi meletakkan jurang jantina sebagai syarat untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Kini, wanita bukan saja sebagai pemandu bas setingkat, malah mereka turut diberi kepercayaan untuk mengemudi bas henti-henti dua tingkat.

Ini sekali gus membuktikan wanita juga mampu menggalas tugas dan cabaran dalam kerjaya yang biasanya didominasi kaum Adam. Tiada lagi diskriminasi membabitkan kerjaya bahkan ada wanita mampu menandingi lelaki dari segi kecekapan dalam kerjaya yang dipelopori lelaki.

Pemandu bas dua tingkat Rapid KL, Noor Ain Abdul Rahman, antara wanita terawal yang diberi kepercayaan mengemudi kenderaan besar itu di tengah kota Kuala Lumpur sejak pengangkutan itu mula beroperasi September lalu.

Pastinya mengemudi kenderaan berukuran besar di tengah kepadatan lalu lintas di ibu kota bukan perkara mudah, namun bagi Noor Ain asalkan dia gembira melakukan pekerjaan itu, semua tidak terasa berat.

Berpengalaman dua tahun memandu bas Rapid KL, dia mengakui semakin menyukai kerjaya itu walaupun pada mulanya dia langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi pemandu bas.

Wanita berasal dari Jerantut, Pahang ini berkata, walaupun pilihan kerjaya itu agak jauh berbeza dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini, dia tidak menoleh ke belakang sebaliknya semakin komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk penumpang bas khususnya.

“Segalanya bermula apabila rakan saya memberitahu mengenai kekosongan jawatan sebagai pemandu bas wanita Rapid KL. Niat asal hanya ingin mencuba, tidak sangka pula kerjaya ini menyeronokkan.

“Selepas lulus latihan selama dua bulan di Akademi Rapid KL, hati ragu-ragu juga, mampukah saya lakukan pekerjaan ini kerana saya pernah menangis ketika menjalani latihan.

“Tapi, saya cuba atasinya. Alhamdulillah memang saya sendiri tidak percaya kebolehan diri dan melepasi segala cabaran dengan mudah,” katanya di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, baru-baru ini.

Dia turut mengakui amat berbangga kerana dapat menghantar penumpang daripada pelbagai latar belakang sama ada pelajar sekolah, pekerja pejabat serta warga emas ke destinasi masing-masing.

Cabaran berganda

Menurut wanita berusia 33 tahun ini, pengalamannya memandu bas setingkat sebelum ini berbeza dengan memandu bas dua tingkat kerana dia perlu sentiasa memastikan koordinasi bas yang sempurna selain berdepan lebih banyak halangan.

Katanya, memandu bas setingkat lebih mudah berbanding bas dua tingkat kerana bas dua tingkat lebih tinggi, maka, cara memandunya berbeza sedikit antaranya dia perlu sentiasa peka dengan pokok, laluan sempit dan sukar serta ketika kesesakan lalu lintas.

Selain itu, katanya, untuk mengemudi bas tingkat, pemandu perlu memiliki disiplin yang tinggi dan memahami keadaan bas yang dibawa kerana jika berlaku kecemasan atau kerosakan, pemandu boleh segera menanganinya.

Noor Ain yang memandu di laluan Sungai Long-Kuala Lumpur dengan jadual pemanduan dari jam 7 pagi hingga 9 malam turut mengakui tanggungjawab memandu bas dua tingkat lebih besar dan perlu memastikan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

“Pada mulanya, memang perasaan gementar itu ada, tapi selepas banyak latihan dan tunjuk ajar, saya lulus ujian memandu bas dua tingkat. Saya adalah antara dua wanita yang memandu bas dua tingkat dari Depoh Rapid KL Balakong daripada 60 pemandu bas dua tingkat lelaki dari depoh ini.

“Bagi saya, sekiranya kita ada kemahuan dan bercita-cita tinggi, tidak kira sama ada wanita atau lelaki pasti boleh melakukan tugas dengan baik dan cekap.

“Apa yang penting, kita laksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah. Buat wanita pula, yakinkan diri bahawa kita juga boleh lakukan kerjaya yang dimonopoli lelaki asalkan kita sentiasa positif dengan kemampuan diri sendiri,” katanya.

Berkongsi reaksi keluarga terhadap kerjaya pilihannya itu, ibu kepada tiga cahaya mata berusia 10 hingga 14 tahun itu mengakui keluarganya antara yang banyak memberi galakan dan sokongan.

Meskipun pada mulanya tiada seorang pun ahli keluarganya yang percaya dia memilih kerjaya itu sebagai sumber pendapatan, mereka tidak menentang mahupun memberi reaksi negatif sebaliknya memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepadanya.

“Pada mulanya anak-anak juga tidak percaya dan mereka begitu teruja apabila saya membawa mereka ke depoh dan cuba merasai sendiri pengalaman menaiki bas yang saya pandu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 12:17 PM