Gambar Ibrahim Samaha memakai tali pinggang yang didakwanya mengandungi bom dirakam di atas pesawat dan dikongsi di media sosial. - Foto Daily Mail
Gambar Ibrahim Samaha memakai tali pinggang yang didakwanya mengandungi bom dirakam di atas pesawat dan dikongsi di media sosial. - Foto Daily Mail
Perampas pesawat EgyptAir berjalan meninggalkan pesawat sebelum dia ditahan anggota keselamatan Cyprus. - Foto REUTERS
Perampas pesawat EgyptAir berjalan meninggalkan pesawat sebelum dia ditahan anggota keselamatan Cyprus. - Foto REUTERS
AFP

Nicosia: 'Dia seorang yang bodoh, bukan pengganas. Pengganas gila tetapi tidak bodoh. Lelaki ini bodoh,” kata seorang pegawai Kementerian Luar Mesir mengenai lelaki yang ditahan sebentar tadi selepas enam jam merampas pesawat Airbus 320 EgyptAir petang tadi.

Perampas itu yang dikenali sebagai Ibrahim Samaha, rakyat Mesir, ditahan pasukan keselamatan Cyprus selepas dia keluar dari pesawat sambil mengangkat tangannya.

Setiausaha Kementerian Luar Mesir Alexandros Zenon berkata, psikologi lelaki berkenaan tidak stabil.

“Rampasan ini bukan keganasan. Ia tindakan seseorang yang psikologinya tidak stabil,” katanya.

Jurucakap kerajaan Cyprus, Nicos Christodoulides, melalui Twitter berkata: “Perampas itu sudah ditahan.”

Wartwan AFP melaporkan lelaki itu turun dari pesawat dan berjalan menyeberangi landasan sambil mengangkat tangan menuju ke arah pasukan polis khas anti pengganas.

Mereka merebahkannya ke atas landasan, menggari, memeriksa tubuhnya sebelum membawanya pergi.

Lelaki itu mendakwa memakai tali pinggang berisi bahan letupan ketika merampas pesawat namun ia tidak dapat disahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 8:46 PM