Gambar terkini menunjukkan pesawat Airbus 320 EgyptAir yang berada di landasan lapangan terbang Larnaca, Cyprus.
Gambar terkini menunjukkan pesawat Airbus 320 EgyptAir yang berada di landasan lapangan terbang Larnaca, Cyprus.
Reuters

Kaherah: Seorang penumpang memakai tali pinggang berisi bahan letupan mengancam juruterbang pesawat Airbus 320 EgyptAir memaksa pesawat itu mendarat di Larnaca, Cyprus.

Pihak berkuasa percaya ada lebih daripada seorang perampas dalam pesawat yang dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kaherah, membawa 55 penumpang dan tujuh anak kapal.

Selepas mendarat di Larnaca, perampas membenarkan sejumlah wanita dan kanak-kanak turun dari pesawat dan setakat ini mereka masih belum membuat sebarang tuntutan. Seramai 20 orang dilaporkan dibenarkan turun dari pesawat.

Menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir rampasan itu berlaku ketika pesawat berada dalam kawalan trafik udara Cyprus menyebabkan ia dilencongkan ke Larnaca.

Juruterbang pesawat itu, Omar al-Gammal, memberitahu pihak berkuasa dia diancam seorang penumpang yang memakai tali pinggang berisi bahan letupan supaya mendarat di Larnaca.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 3:24 PM