Hamidah bersama gambar dia ketika diselamatkan 23 tahun lalu. FOTO Mior Azlan
Hamidah bersama gambar dia ketika diselamatkan 23 tahun lalu. FOTO Mior Azlan
Selepas 23 tahun, Nur Hamidah (tengah) dan Umi Rasyidah (tiga dari kiri) dipertemukan dengan anggota bomba yang menyelamatkan mereka termasuk Norizan (empat dari kanan). FOTO Mior Azlan
Selepas 23 tahun, Nur Hamidah (tengah) dan Umi Rasyidah (tiga dari kiri) dipertemukan dengan anggota bomba yang menyelamatkan mereka termasuk Norizan (empat dari kanan). FOTO Mior Azlan
Iskandar Shah Mohamed dan Mohd Firdaus Ibrahim


Ampang: Anggota bomba yang terbabit dalam operasi menyelamat ketika tragedi Highland Towers 23 tahun lalu menyifatkan pertemuan dengan Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, di lokasi kejadian, petang tadi adalah kenangan yang manis dan sukar dilupakan.

Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norizan Saad berkata, petang ini hasrat dia dan tiga lagi rakannya yang lain untuk bertemu dengan dua beranak terbabit yang diselamatkan mereka dulu, termakbul selepas 23 tahun atas usaha dan doa semua pihak.

"Ada lagi empat rakan kami (yang babit dalam operasi) tidak dapat hadir tetapi akan ada pertemuan diatur esok," katanya.

Terdahulu, sebelum menemui semua petugas bomba, Nur Hamidah dan Umi Rasyidah dipertemukan dengan bekas majikannya iaitu Susan Tan, 76.

Tangisan sayu dan gembira mengiringi sepanjang pertemuan, malah kebanyakan yang hadir termasuk petugas media menitiskan air mata.

Senarai petugas bomba yang terbabit dalam operasi 23 tahun lalu.

1) Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad

2) Penguasa Bomba Azmi Morah Abas

3) Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahandran Muniandy

4) Penolong Penguasa Bomba Mazlan Kamin

5) Pegawai Bomba Tinggi Zulkifli Mohamed

6) Pegawai Bomba Kanan I Yogaraja Nadarajah

7) Pegawai Bomba Kanan I Ungku Jalil Ungku Ismail

8) Pegawai Bomba Kanan I Musa Abdullah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 3:10 PM