PASUKAN Polis Marin (PPM) merampas 20,240 batang rokok seludup serta 309 tin dan 154 botol minuman keras pelbagai jenis bernilai RM65,000. FOTO ihsan PPM
PASUKAN Polis Marin (PPM) merampas 20,240 batang rokok seludup serta 309 tin dan 154 botol minuman keras pelbagai jenis bernilai RM65,000. FOTO ihsan PPM
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 20,240 batang rokok seludup serta 309 tin dan 154 botol minuman keras pelbagai jenis bernilai RM65,000 dalam dua serbuan di pusat beli-belah di Pengerang dekat Kota Tinggi, petang semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam serbuan pertama pada 2.15 petang, pihaknya mengesan kereta Proton Iswara yang diletakkan di hadapan premis berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kereta terbabit menemui sejumlah 6,040 batang rokok kretek dan 14,200 batang rokok putih pelbagai jenama yang diletakkan di but.

"Kita turut menemui 71 tin serta 52 botol minuman keras yang diletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang.

"Serbuan kedua dilakukan pada 2.30 petang hari yang sama ke atas sebuah lagi Proton Iswara yang diletak di kawasan berdekatan," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut polis merampas 238 tin dan 102 botol minuman keras yang diletakkan di but serta tempat duduk penumpang kereta terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 4:42 PM