MANGSA cedera dipindahkan oleh anggota keselamatan selepas letupan di stesen metro di Brussels. FOTO AP
MANGSA cedera dipindahkan oleh anggota keselamatan selepas letupan di stesen metro di Brussels. FOTO AP
Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Tidak ada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan bom di Brussels, Belgium.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Brussels bagaimanapun akan terus memantau situasi semasa susulan kejadian bom berkenaan.

"Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kejadian ini. Kedutaan Besar Malaysia di Brussels akan terus memantau situasi semasa.

"Kerajaan Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya letupan bom yang berlaku yang meragut 28 nyawa tidak berdosa.

"Di saat yang amat sedih ini, Malaysia berdiri bersatu dengan keluarga mangsa, Kerajaan dan rakyat Belgium," lapor kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 9:01 PM