PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak  bersama para penyokongnya yang mengibar kain rentang tanda sokongan ketika hadir pada Himpunan Solidariti PM bagi menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri hari ini. FOTO Bernama
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama para penyokongnya yang mengibar kain rentang tanda sokongan ketika hadir pada Himpunan Solidariti PM bagi menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri hari ini. FOTO Bernama
Mohd Fauzi Abdullah


Kuantan: Agenda membela nasib dan kebajikan rakyat adalah fokus utama kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat tidak perlu mempedulikan mengenai 'Deklarasi Rakyat' yang tidak memberikan manfaat kepada mereka.

"Apa yang penting ketika ini adalah pembangunan dilakukan kerajaan untuk kepentingan rakyat terutama membina kediaman mampu milik yang sentiasa menjadi agenda utama.

"Tidak payah fikir Deklarasi Rakyat ini, program untuk rakyat seperti perumahan dan pekerjaan lagi penting...tidak penting surat, pengakuan yang tidak menguntungkan rakyat (merujuk kepada Deklarasi Rakyat), terpekik sana sini (bersama) orang yang dahulunya mengutuk kita, " katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata, kerajaan akan memastikan aku janji dibuat sebelum ini ditunaikan iaitu projek pembangunan (perumahan) bagi memastikan keselesaan rakyat.

"Kalau boleh lebih baik macam PR1MA Pahang ini, kita akan laksanakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 12:54 PM