Oleh Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah. Kerajaan komited kepada agenda membina rumah-rumah mampu milik,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) maka impian lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri akan menjadi kenyataan.

“Melalui PR1MA Homes, impian lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri akan jadi kenyataan,” katanya menerusi catatan terbaru di akaun Facebook peribadinya di sini, semalam.

Melalui status itu, Najib turut berkongsi klip video berdurasi 3:15 minit dari akaun Facebook 1Malaysia bertajuk ‘Penerima kunci rumah PR1MA yang memaparkan kisah keluarga Norazam Azman, 33 yang juga antara pembeli terawal rumah projek berkenaan.

Sabtu lalu, Perdana Menteri menyerahkan kunci kepada sebahagian daripada 560 pemilik rumah PR1MA di tapak pertama projek itu di Presint 11, Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 8:30 AM