S Kunanlan  diasak pemain Lao Toyota, Moukda Souksavath  pada pertemuan Johor DT dengan Lao Toyota  di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Larkin, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
S Kunanlan diasak pemain Lao Toyota, Moukda Souksavath pada pertemuan Johor DT dengan Lao Toyota di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Larkin, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (Johor DT) mengutip tiga mata selepas menewaskan Lao Toyota 3-0 dalam aksi peringkat kumpulan H Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Gol pertama Johor DT hadir hasil sepakan penalti yang disempurnakan Safiq Rahim pada minit ke-61 apabila pengadil memerintahkan pemain Lao Toyota, Takahiro Saito keluar padang kerana sengaja menggunakan siku di kotak penalti.

Bagaimanapun, selepas itu pemain Johor DT, S Kunanlan pula diperintah keluar padang.

Keadaan itu menjadikan kedudukan permainan seimbang untuk kedua-dua pasukan, namun gara- gara kesilapan pemain lawan membentes S Chanthuru pada minit ke-72 di kotak penalti, Safiq sekali lagi menyumbat gol menjadikan Johor DT mendahului 2-0.

Menuju detik terakhir permainan, gerakan Safiq yang meleret bola kepada Amri Yahyah menyebabkan penjaga gol lawan tewas menjadikan Johor DT selesa di depan 3-0.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 11:09 PM