AKSI penyerang JDT, Luciano Gabriel Figueroa menjaringkan gol pertama. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
AKSI penyerang JDT, Luciano Gabriel Figueroa menjaringkan gol pertama. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (Johor DT) berjaya merampas takhta kumpulan F dalam saingan Piala AFC 2015 selepas menewaskan Kitchee FC dari Hong Kong dengan jaringan 2-0 di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunos di sini.

Dengan kemenangan itu JDT memperoleh tiga mata penuh sekaligus mencalar rekod tanpa kalah skuad kendalian Jose Molina sepanjang saingan peringkat kumpulan setakat ini.

Gol pertama JDT hadir melalui sepakan Luciano Figueroa selepas menerima hantaran daripada kapten pasukan Safiq Rahim pada minit ke-16.

Ini adalah penampilan pertama Luciano selepas direhatkan kerana kecederaan dialami.

Pasukan JDT meraih peluang terbaik untuk berada di depan selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari China, Wang Di selepas S Kunalan dikasari Recio di dalam kotak penalti.

Sepakan penalti yang disempurnakan Safiq Rahim itu berjaya membolosi gawang musuh dikawal oleh Z P Wang pada minit ke-43.

Tamat permainan JDT 2-0 Kitchee FC.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 10:45 PM