Polis mengusung mayat seorang wanita yang ditemui mati dalam rumahnya. FOTO ihsan PDRM
Polis mengusung mayat seorang wanita yang ditemui mati dalam rumahnya. FOTO ihsan PDRM
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui dalam rumahnya di Lorong Hijau 6, Jalan Sir Ibrahim, Green Lane, di sini, hari ini.

Mayat ditemui jam 9.30 pagi selepas jiran wanita itu membuat laporan kerana tidak tahan menghidu bau busuk.

Menurut sumber, sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa memecah pintu dan mereka menemui mayat wanita itu terlentang di ruang tamu.

"Jiran mendakwa wanita terbabit kurang bergaul dengan penduduk di kawasan itu dan dia gemar berkurung dalam rumah.

"Wanita berkenaan tinggal seorang diri dan dia memelihara lebih 20 ekor kucing," katanya.

Menurutnya, mayat sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 11:33 AM