MAYAT dibawa polis ke hospital untuk bedah siasat. FOTO Mikail Ong
MAYAT dibawa polis ke hospital untuk bedah siasat. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Mayat lelaki yang reput dan berbau ditemui dalam bilik di rumah di Jalan Chor Sing Keng, Ayer Itam, malam tadi.

Menurut sumber, mayat lelaki berusia 50-an itu ditemui pada 10 malam selepas jiran membuat aduan kerana bau busuk.

"Sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke rumah terbabit dan selepas pintu dipecahkan mereka mendapati mayat dalam keadaan terlentang dan sudah reput.

"Siasatan turut menemui serbuk dadah dan juga beberapa peralatan dipercayai untuk memproses dadah.

“Anggota bomba kemudian memaklumkan kes terbabit kepada polis," katanya.

Mayat sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan sepasukan polis unit forensik dan juga narkotik masih menjalankan siasatan di rumah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 2:21 AM