HAMPIR 300 orang hadir menyaksikan gerhana matahari di Balai Cerap Teluk Kemang. FOTO Mohd Khidir Zakaria
HAMPIR 300 orang hadir menyaksikan gerhana matahari di Balai Cerap Teluk Kemang. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Kira-kira 300 orang hadir menyaksikan gerhana matahari di Balai Cerap Teluk Kemang, di sini pagi ini.

Mereka yang terdiri daripada pelajar dan penduduk setempat mula datang seawal jam 6.30 pagi bagi mengambil peluang melihat fenomena itu.

Sementara itu Penolong Pengurus Balai Cerap, Fatin Nabila Mokhtar berkata, pengunjung terutama pelajar berpeluang melihat fenomena jarang berlaku ini.

"Kita mengalu-alukan kedatangan mereka ke sini bagi menyaksikan gerhana matahari dan persiapan ke arah itu sudah dilakukan sejak seminggu lalu.

"Kami menyediakan peralatan seperti teleskop dan cermin mata khas untuk melihat gerhana matahari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 1:51 PM