Orang ramai melihat Supermoon mengunakan teleskop di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson. FOTO Hazreen Mohamad
Orang ramai melihat Supermoon mengunakan teleskop di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson. FOTO Hazreen Mohamad
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Kira-kira 100 orang hadir menyaksikan fenomena bulan penuh atau Supermoon di Balai Cerap, Baitul Hilal, di sini, malam tadi.

Tinjauan mendapati orang ramai mulai hadir seawal jam 7 malam dan turut menunggu sehingga jam 10 malam untuk melihat fenomena berlaku dalam tempoh 68 tahun.

Penolong Pengurus Balai Cerap, Muzamir Mazlan berkata, menariknya, apabila bulan berada paling hampir dengan bumi lebih kurang 353,000 kilometer (km) atau hampir 100,000 km lebih dekat dari jarak biasa.

"Ini adalah fenomena biasa namun keistimewaannya ialah jarak paling hampir bulan dengan bumi sejak 26 Januari 1948.

"Kita dijangka akan mengalami fenomena sama pada 25 Disember 2034.Setakat ini tiada lagi penemuan berlakunya bencana alam setiap kali Supermoon.

"Ini kerana ketika itu berlaku graviti menyebabkan air pasang surut yang agak luar biasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 11:03 PM