KENYATAAN yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia
KENYATAAN yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 skala Richter dilaporkan berlaku di Lahad Datu, jam 8.43 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu dikesan di kedudukan 4.9 darjah utara, 118.6 darjah timur dengan kedalaman 25 kilometer, kira-kira 35 kilometer di tenggara bandar Lahad Datu.

Gegaran turut dirasai di Lahad Datu.

Difahamkan, setakat ini tiada sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gempa ini adalah yang ketiga berlaku di Lahad Datu selepas gempa berukuran 3.2 dan 3.5 pada 16 Februari dan 1 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 10:48 AM