BERNHARDT (dua kanan) tetap mahu pembantu yang pernah berkhidmat dengannya ketika membimbing skuad remaja Estonia.
BERNHARDT (dua kanan) tetap mahu pembantu yang pernah berkhidmat dengannya ketika membimbing skuad remaja Estonia.
Oleh Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Pengendali Skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt didakwa mencetuskan rasa kurang senang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila bertegas untuk meneruskan hasratnya mendapatkan khidmat penolong jurulatih asing.

Pada mulanya isu itu dilihat selesai selepas Jawatankuasa Kerja Bola Sepak antara FAM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bulan lalu melantik bekas jurulatih Harimau Muda C Aminuddin Hussin sebagai penolongnya.

Namun sangkaan itu meleset apabila jurulatih dari Jerman itu tetap memerlukan jurulatih asing yang dilaporkan pernah berkhidmat dengannya ketika membimbing skuad remaja Estonia.

“Calon jurulatih yang dimahukan oleh Bernhardt memang sudah ada di sini. FAM kurang setuju dengan tindakan Bernhardt ini kerana mereka sudah melantik Aminuddin sebagai penolongnya.

“FAM tidak berkenan tapi calon itu tiba-tiba sudah ada di sini,” kata sumber dalaman yang enggan namanya didedahkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 7:35 AM