NAJIB menepung tawar kepada pengantin baru Nur Aziati (kanan) dengan suaminya  Muhammad Jamal (dua kanan) sambil diperhatikan Rosmah (kiri). FOTO Aswadi Alias
NAJIB menepung tawar kepada pengantin baru Nur Aziati (kanan) dengan suaminya Muhammad Jamal (dua kanan) sambil diperhatikan Rosmah (kiri). FOTO Aswadi Alias
Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyerikan majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, malam tadi.

Baginda yang ditemani Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah tiba tepat pada9 malam.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menepung tawar kedua mempelai yang memakai persalinan songket berwarna putih.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga menepung tawar pasangan raja sehari itu.

Anak perempuan Ahmad Razif, Nur Aziati, 24, yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan pasangannya, Muhammad Jamal Rafaie Jakiran, 27, anak kepada ADUN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah sebelum ini dinikahkan pada 25 Disember 2015.

Turut menyerikan majlis, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selain kira-kira 1,000 tetamu lain.

Nur Aziati adalah anak kedua Ahmad Razif dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria.

FOTO Gambar Rozainah Zakaria dan Aswadi Alias

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 10:32 PM