SEORANG lelaki melihat sebuah kereta yang musnah dalam satu serangan udara di Sanaa semalam.
SEORANG lelaki melihat sebuah kereta yang musnah dalam satu serangan udara di Sanaa semalam.

Kaherah: Satu serangan udara oleh tentera pakatan Arab terhadap sasaran pemberontak Houthi di Sanaa, Yaman semalam menyebabkan 40 orang terbunuh, kata penduduk.

Serangan di daerah Nehm itu menyebabkan 30 orang cedera dan majoriti mangsa yang maut adalah orang awam.

Seorang pemimpin tempatan berkata, serangan disasarkan terhadap tiga kenderaan pemberontak yang memasuki sebuah pasar di bandar Naqil bin Ghaylan.

Tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara di Yaman bagi mengembalikan pemerintahan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Pemberontakan itu diketuai kumpulan Houthi yang berfahaman Syiah dan unit tentera yang setia pada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu memberitahu hampir 6,000 nyawa terkorban dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal sejak konflik tercetus. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 8:57 AM