Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim. - Foto Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) harus berpegang teguh kepada proses damai walaupun menghadapi halangan kerana ia adalah pilihan yang praktikal untuk menyelesaikan isu Bangsamoro di selatan Filipina.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat ini proses itu terbukti sangat berjaya untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang relatif di selatan Filipina.

"Kembali kepada perjuangan bersenjata pasti bukan pilihan dan pertumpahan darah harus dielakkan dalam apa keadaan sekalipun," kata beliau dalam kenyataan selepas menemui Pengerusi MILF Murad Ebrahim semalam.

Najib bertemu Murad di Putrajaya bagi membincangkan proses damai di Selatan Filipina yang Malaysia bertindak sebagai perantara.

Beliau menggesa MILF untuk terus bersatu terutama pada masa yang menguji kesabaran bagi menghadapi ketidakpastian dan cabaran.

Najib juga berkata, beliau mengulangi komitmen Malaysia menyokong proses damai di luar Presiden Benigno Aquino, dan bersedia serta sanggup bekerjasama dengan Presiden Filipina yang baru, tidak kira siapa memenangi pilihan raya Mei ini, mengenai isu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 10:18 PM