Sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna mengemas kini pasport hanya melalui telefon pintar membawa tuah kepada pasukan Team41ss yang menjadi juara cabaran Takrif, Reka, Bina (D3) 2.0 kategori Aplikasi Mudah Alih Kerajaan.

D3 dianjurkan Media Prima Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menampilkan tiga kategori dipertandingkan termasuk Aplikasi Mudah Alih Kerajaan, Media dan Hiburan serta Komuniti Terhubung.

Pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta biasiswa bernilai RM10,000.

Team41ss adalah salah satu daripada 39 kumpulan dan individu yang bersaing dalam cabaran D3 yang dianjurkan kali kedua ini memerlukan peserta membangunkan aplikasi mudah alih dalam tempoh 24 jam.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Datuk Zainul Ariffin Md Isa dan Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:00 AM