KESAN darah masih dilihat di tempat kejadian, manakala orang ramai turut berhimpun memprotes kejadian itu.
KESAN darah masih dilihat di tempat kejadian, manakala orang ramai turut berhimpun memprotes kejadian itu.

Kaherah: Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan seorang polis menembak mati pemandu teksi dalam satu pertelingkahan, sekumpulan orang ramai bertindak membelasahnya sebelum menyekat jalan raya dan mengepung balai polis tempatan di Kaherah.

Pejabat media Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan berkata, polis berpangkat sarjan itu menembak pemandu terbabit selepas bergaduh mengenai tambang teksi dikenakan terhadapnya di kawasan el-Darb-el Ahmar.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang kedua pula menyifatkan kejadian tembakan itu sebagai satu ‘kesilapan.’

Rakaman video yang disiarkan di laman berita el-Masry el-Youm menunjukkan penduduk menangis sambil memaparkan kadbod dengan kesan darah.

Mereka berkata, polis itu memaki hamun pemandu berkenaan dan apabila dia membalasnya, suspek terus menembaknya di kepala.

Agensi berita Mesir pula melaporkan, anggota polis itu sudah ditangkap. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 5:03 AM