Gaza City: Tentera Israel menembak mati seorang petani Palestin berhampiran kawasan sempadan di utara Gaza semalam.

Ia adalah kematian pertama sejak Hamas dan Tel Aviv mencapai persetujuan untuk gencatan senjata selepas perang 50 hari berlangsung.

Sumber perubatan berkata, mangsa yang dibunuh Israel itu ialah Fadel Mohammed Halawa, 32.

Katanya, Fadel maut selepas ditembak di kepalanya dari belakang.

“Peluru itu dipercayai dilepaskan dari menara kawalan berhampiran ketika mangsa sedang mengerjakan tanahnya yang terletak berdekatan pagar sempadan,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:17 AM