Kuala Lumpur: Super Malaysia (Super), pengeluar jenama minuman kopi Super memberi peluang kepada orang ramai memenangi hadiah menarik Samsung Galaxy S5, Hamper SUPER atau hadiah utama sebuah kereta Nissan Almera 1.5L melalui peraduan ‘Secret to a Smile’.

Untuk menyertai peraduan itu, mereka hanya perlu menonton video ‘Secret to a Smile’ di laman sesawang Super Malaysia iaitu www.supermalaysia.com.my dan jawab soalan mudah bagi membuka peluang memenangi hadiah menarik.

Orang ramai turut berpeluang memenangi enam hadiah misteri yang digunakan oleh duta atau ejen Super iaitu Izzue Islam dan Yana Samsudin dalam misi mereka pada setiap episod video.

Pada masa sama, Super Malaysia giat mempromosikan kelazatan produk Super apabila Izzue Islam dan Yana Samsudin akan bertemu dengan orang ramai di pasar raya terkemuka untuk beramah mesra dan menjalankan aktiviti hiburan seisi keluarga.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi, tarikh dan masa kunjungan ejen Super, orang ramai boleh melayari laman sesawang Super di www.supermalaysia.com.my atau facebook.com/supermalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:16 AM