MUHAMMAD Falihin (tiga dari kiri) bersama Yana (dua kanan) dan Izzue (kanan).
MUHAMMAD Falihin (tiga dari kiri) bersama Yana (dua kanan) dan Izzue (kanan).

Kuala Lumpur: Super Food Marketing Sdn Bhd (Super Food), pengeluar kopi larut jenama Super mengumumkan pemenang hadiah utama dan 10 pemenang di tempat kedua bagi peraduan ‘The Secret To A Smile’ yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu.

Dalam peraduan itu, Muhammad Falihin Jasmi, 25, dipilih sebagai pemenang hadiah utama berupa kereta Nissan Almera 1.5 Liter manakala 10 pemenang lain memiliki satu telefon pintar Samsung Galaxy S5, sekali gus menjadikan nilai keseluruhan RM100,000.

Super Food dalam kenyataannya berkata, peraduan ‘The Secret To A Smile’ dilancarkan pada 1 Ogos lalu di mana orang ramai perlu membeli salah satu daripada produk Super terpilih yang mengandungi ‘kod rahsia unik’ dan melayari laman Facebook (FB) Super Malaysia dan klik pada pada aplikasi FB ‘The Secret To A Smile’.

Majlis turut dihadiri dua duta jenama Super iaitu artis, Yana Samsudin dan Izzue Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:04 AM