Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 menawarkan saiz beras yang lebih panjang dan hasil yang gebu selepas dimasak. - FOTO Serba Wangi Sdn Bhd
Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 menawarkan saiz beras yang lebih panjang dan hasil yang gebu selepas dimasak. - FOTO Serba Wangi Sdn Bhd
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: Syarikat pemborong beras terkemuka, Serba Wangi Sdn Bhd menawarkan hadiah bekalan beras Jati Signature Pusa Finest 1121 Basmathi Rice 5 kilogram (kg) seumur hidup sempena peraduan cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply!.

Peraduan yang berlangsung sehingga 30 Jun 2024 itu turut menawarkan hadiah utama lain iaitu peralatan senaman dan kesihatan seperti ITSU Aire Swing, ITSU Aire Bike dan ITSU Vibro.

Selain hadiah utama, peraduan cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply! turut menawarkan hadiah bulanan seperti bekalan beras Jati Signature Super Special Import (JSPI) 10kg selama setahun, mesin urut dan periuk nasi.

Pelanggan yang berminat untuk menyertai peraduan cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply! hanya perlu membeli produk beras Jati 5kg dan ke atas dalam satu resit.

Kemudian, pelanggan hanya perlu menghantar gambar resit bersama maklumat peribadi dan hashtag #menangjatiseumurhidup menggunakan WhatsApp ke nombor 0107726893.

Peserta akan menerima dua penyertaan untuk setiap pembelian beras Jati Signature Pusa Finest Basmati 5kg dalam satu resit.

Setiap peserta hanya layak memenangi maksimum satu hadiah semasa tempoh peraduan sama ada hadiah utama atau bulanan yang akan diumumkan melalui aplikasi WhatsApp.

Produk beras Jati 5kg boleh dibeli di kedai rasmi Shopee dan Lazada Serba Wangi atau pasar raya berdekatan.

Image

Mula ditubuhkan sejak 1993, Serba Wangi Sdn Bhd adalah syarikat pemborong beras terkemuka yang memfokuskan perniagaan beras dan cukup sinonim dengan jenama Jati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara produk terlaris di bawah naungan Serba Wangi Sdn Bhd adalah Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 dan Jati Signature Super Special (Import) yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 menawarkan saiz beras yang lebih panjang dan hasil gebu, tidak melekit, beraroma dan kekal terlerai selepas dimasak.

Ia juga menawarkan rasa dan tahap kekenyangan lebih baik, selain bebas gluten serta kolesterol.

Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 boleh didapati dalam pek 2kg atau 5kg.

Jati Signature Super Special (Import) pula menawarkan beras lebih berkualiti berbanding jenama tempatan kerana diimport khas dari Thailand.

Menawarkan tekstur sederhana keras, Jati Signature Super Special (Import) boleh didapati dalam pek 5kg atau 10kg.

Image

Layari www.jatirice.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabutan bertuah Beras Habis? Jati Supply! atau www.malaysiarice.com/jati/ untuk melihat varian produk Jati yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2024 @ 11:09 AM